Aktiviti Operasi Koperasi
Selaras dengan prospek utama Koperasi dengan menjana pendapatan melalui penubuhan taska, Taska Permata Seri Koputri telah ditubuhkan pada 15 Februari 2009 di Alam Damai Kuala Lumpur dengan bantuan khidmat nasihat serta sokongan pegawai SKM pada waktu itu iaitu Tuan Hj Abdul Rahman Bin Yahaya dan Puan Chan Von Wah. Modul taska yang diguna pakai adalah berdasarkan contoh daripada ANGKASA dan juga Anak Permata Negara. Selepas berjaya menubuhkan taska pertama, pihak koperasi menambah bilangan taska di Wisma Koputri Medan Tuanku Kuala Lumpur pada 1 Julai 2011 dengan kerjasama dengan COOP Medical Centre untuk memantau tahap kesihatan kanak-kanak dan di Bachok Kelantan pada 15 Februari 2010. Pada April 2010 pihak koperasi telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) Jabatan Perdana Menteri untuk memanjangkan perluasan pelaksanaan pemakaian kurikulum PERMATA di taska koperasi.
Sehingga tahun 2015, pihak koperasi memperoleh keuntungan pendapatan hasil pungutan yuran anak-anak ini. Ia juga disebabkan taska milik koperasi ini telah menambah perkhidmatannya dengan membuka kelas Qiraati (mengaji Al quran) dan perkhidmatan transit selain dari jagaan harian.
Namun untuk tahun 2019 ini, hanya taska di Alam Damai masih beroperasi kerana pihak koperasi tidak mampu untuk menjaga standard mutu perkhidmatan akibat kekurangan tenaga mahir dan terlalu banyak kekangan untuk mendapatkan pelbagai lesen yang berkaitan taska.
Comments are closed.