Aktiviti Operasi Koperasi
Umumnya koperasi ini dikenali sebagai koperasi wanita, dan atas faktor itu pihak koperasi berani menceburkan diri ke dunia kecantikan dengan mencuba mencipta produk kecantikan sendiri yang diberi nama ANTARA Beauty. Produk kecantikan ini mula dipasarkan kepada anggota dan masyarakat pada Mac 2010. Pihak koperasi juga telah membuka peluang pekerjaan kepada anggotanya dengan menjadikan mereka stokis atau pengedar rasmi produk ini. Selain itu pihak koperasi membuka sendiri pusat kecantikan dan spa di Bukit Bintang dengan menggunakan produk kecantikan ini pada Jun 2011 dalam usaha memperkembangkan jenama produk ANTARA Beauty.
Namun produk kecantikan ini tidak mendapat sambutan dan tidak mampu menjana pendapatan disebabkan koperasi tidak mempunyai tenaga kerja dan kepakaran yang mahir dalam urusan pemasaran produk. Pelbagai strategi dirancang dan dibuat namun tidak mampu memberikan sebarang keuntungan. Selepas itu pihak koperasi berpendapat, menutup operasi dan penjualan bagi mengelak koperasi menanggung lebih banyak kerugian dan anggota koperasi tidak akan terjejas kerananya. Setelah dua tahun, iaitu pada tahun 2012 pihak koperasi menghentikan sepenuhnya aktiviti penjualan produk kecantikan ini.
Comments are closed.