majlis penyerahan sumbangan van penyelamat

Pada 28 Ogos 2009 yang lalu, satu majlis amal KOPUTRI telah diadakan di Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan majlis penyampaian sumbangan berupa sebuah van penyelamat telah disumbangkan oleh Koperasi KOPUTRI kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong, batu Pahat, Johor. Penyerahan replika kunci telah diserahkan kepada Y.B Dato’ Noraini Ahmad selaku Ahli Parlimen Parit Sulong bagi mewakili Pusat Khidmat Parlimen Parit Sulong sambil disaksikan oleh Y.B Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Y.B Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, wakil dari UMNO Parlimen Parit Sulong dan wakil dari Koperasi KOPUTRI. Majlis ini berlangsung di Restoran Rakyat 1 Malaysia, Medan Tuanku, Kuala Lumpur.


GALERI: