UKHWAH TRAVEL & TOURISM
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) telah maju setapak lagi ke hadapan dengan penubuhan agensi perlancongan iaitu UQ Holidays Sdn Bhd. Penubuhan agensi perlancongan ini adalah untuk mengatur dan menguruskan segala perkhidmatan sama ada percutian secara peribadi atau berkumpulan kepada anggota koperasi dan orang awam. UQ Holidays juga bersedia untuk menguruskan perkhidmatan penempahan tiket, penginapan, seminar, konvokesyen dan ibadah (haji dan umrah) untuk para pelanggan.
Kami juga telah menyediakan berbagai pakej percutian yang menarik dengan kadar harga yang amat berpatutan untuk anda. Pakej yang kami sediakan ini merupakan pakej yang lengkap termasuk penginapan dan kemudahan perjalanan. Dengan pakej percutian serta kemudahan yang disediakan, kami berharap percutian yang bakal anda nikmati menjadikannya satu pengalaman yang istimewa di dalam hidup anda.
** Mengikut Terma & Syarat